Kata-kata aluan dan Ucapan Dasar Dr. Boo Cheng Hau, Pedngerusi DAP Negeri Johor semasa Konvensyen Tahunan Negeri pada 15 hb Oktober 2006 yang diadakan di Restoran mewah Hong Ing, Batu Pahat.
(I). Rancangan untuk Memperkembangkan Parti:
DAP johor telah munubuhkan pejabat urusetia negeri di Batu Pahat serta mengupah seorang setiausaha eksekutif untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran dan organisasi di peringkat negeri. Adalah diakui bahawa organisasi DAP Johor masih perlu diperkukuhkan lagi. Usaha berkenan termasuk merekrut ahli-ahli baru, mempertingkatkan prestasi ahli-ahli, memperkuatkan kesedaran perjuangan ahli-ahli, mempelbagaikan keahlian dan mengobar-obarkan semangat perjuangan ahli-ahli.
Usaha Kolektif
Semenjak saya mengambil-alihkan jawatan Pengerusi DAP Johor, saya mempercayai kepimpinan kolektif dengan memutuskan semua dasar DAP Johor menurut usaha kolektif, serta menubuhkan politbiro termasuk pelbagai biro untuk menangani and menyelidik dasar-dasar serta membuat pendirian atau manifesto parti di pelbagai bidang.
Menurut perlembagaan parti, cuma pengerusi,setiausaha dan bendehari negeri adalah ahli-ahli politbiro tertentu yang boleh membuat kenyataan secara terbuka; ahli-ahli politbiro lain telah dilantik oleh Jawatan Kuasa Negeri untuk menyelidik isu-isu tertentu, serta membuat kenyataan dasar dalam bidang berkenaan setelah diluluskan oleh Jawatan Kuasa Negeri. Dalam perkataan ringkas, DAP Johor akan mentadbirkan pejabat urusetia negeri dan menetapkan dasar-dasar secara berusaha kolektif.
Selain daripada itu, perhubungan organisasi parti setempat dan sewilayah seharusnya dieratkan lagi supaya berkongsi sumber-sumber dan tugas melatih ahli-ahli setempat. Jawatan Kuasa telah meluluskan usaha mewujudkan Jawatan Kuasa Penyelerasan Piliharaya Wilayah untuk merancang dan menyeleraskan koordinasi, organisasi dan kempen pilihanraya.
Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua saudara saudari kerana memberikan kerja sama dan sokongan sepenuh kepada Jawatan Kuasa Negeri dalam setahun yang lepas. Walaupun Johor boleh dikatakan ‘tanah yang kurang subur’ untuk parti-parti pembangkang, dan DAP Johor tidak pernah lagi memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya semenjak tahun 1995, ahli-ahli dan para pemimpin DAPv di Johor terus berjuang dan bertungkus lumus demi menjayakan ideal politik kita. Oleh yang demikian, mereka adalah teladan dan pendorong untuk saya sendiri meneruskan perjuangan DAP Johor. Ahli-ahli DAP Johor boleh dikatakan sebagai “harimau” dalam arena politik Malaysia kerana mereka berjuang demi ideal politik yang mulia tanpa mengharap-harapkan sebarang ganjaran.
Walaupun DAP gagal merampaskan kuasa memerintah Pulau Pinang melalui Projek-peojek Tanjung 1, 2 dan 3, prinsip dan ideal menjadi parti pemerintah adalah betul. DAP gagal menjadi kerajaan Pulau Pinang disebabkan had-had undang-undang dan klausa-klausa perlembagaan persekutuan yang mengongkong kebebasan memupuk pertumbuhan parti-parti pembangkang. Walaupun Projek-projek Tanjung tidak berjaya memberikan peluang untuk DAP memerintah Pulau Pinang, di sebaliknya ianya memberikan kami perangsang untuk memajukan diri sendiri serta menegakkan ideal akan menjadi parti pemerintah kelak.
DAP Johor akan menggalakkan ahli-ahli dan penyokong luar parti untuk membahas visi DAP sepatutnya bertujuan menjadi parti pemerintah sama ada secara bersendirian atau bersepakatan pada masa yang akan datang. Selain itu, sistem demokrasi berbarisan dua seharusnya diperbincangkan dan direalisasikan semula menurut kehendak masyarakat terkini.
Parti kita seharusnya meyakinkan ahli-ahli dengan visi jangka masa panjang, yakni satu hari DAP boleh menjadi parti pemerintah juga. Sebagai sebuah parti politik yang berwibawa, ideal menjadi pemerintah adalah berpatutan dan wajar, tetapi Parti mesti menformulasikan strategi yang sempurna dan memerlukan usaha kolektif untuk menjayakannya supaya matlamat ini tidak akan diputar belitkan.
Jika sudah ada visi masa jangka masa panjang, ahli-ahli kita mesti bertungkus lumus serta turun ke padang, memningkat tarafkan pengurusan hal ehwal parti, memperkukuhkan organisasi dan menyelidik dasar-dasar secara profesyenal tanpa mmencari sebarang alsan atas kegagalan kita.
Selain dari visi jangka masa panjang, matlamat jangka masa pendek tidak sanggup diabai-abaikan, iaitu memenangisesuatu kerusi pada pilihan raya yang akan datang. Di sini saya ingin menyeru supaya semua ahli bersatu padu serta menyelesaikan sebarang perselisihan secara bersabar untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.
Persaingan positif di antara ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin adalah pendorong bagi memajukan standard dan kematangan keahlian dan organisasi. Jika memburuk-burukkan nama ahli atau pemimpin lain demi menjadi calon pada pilihan raya yang akan datang, kelakuan sedemikian cuma akan melemahkan DAP dan memecah belahkan organisasi kita. Di sini, saya menyeru ahli-ahli DAP Johor bersikap pisitif terhadap reformasi parti dan membuat persiapan sesungguh-sungguhnya untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang.
Jika semua ahli dan pemimpin mementingkan visi jangka masa panjang kita, ini akan mengurangkan perselisihan dan memperkukuhkan perpaduan di antara akar umbi dan kemuncak pemimpin semasa memilih calon-calon pada pilihan raya yang akan datang. Tujuan kerajaan Barisan Nasional menghapuskan pemilihan kerajan tempatan adalah untuk mengongkongkan perkembangan akar umbi parti pembangkang. Disebabkan penghapusan pemilihan kerajaan tempatan, ahli-ahli pembangkang cuma dapat bertanding di pilihan rayaperingkat negeri dan parlimen. Oleh itu, parti pembangkang juga menghadapi kekurangan sumber-sumber. Persaingan yang terlaqlu sengit terhadap peruntukan kerusi di pilihan raya parliemn dan DUN dan memecah belahkan parti. Visi jangka masa panjang dipercayai akan mengurangkan perselisihan di antara ahli dan pemimpin.
Proses pemilihan calon-calon untuk pilihan raya sepatutnya mementingkan semangat berpasukan, termasuk memilih calon-calon yang sanggup berkerja sama denga akar umbi, Jawatan Kuasa Negeri dan Jawatan Kuasa Pusat. Oleh itu, individualisme di dalam parti sewajarnya dihapuskan, tetapi mengutamakan usaha dan tindakan kolektif.
Walaupun imej,kebolehan pelbagai bahasa dan kelayakan akademik seseorang calon adalah mustahak, akhlak dan kepolularan di dalam dan luar parti seseorang calon itu adalah penting juga. Sesroang pemimpin yang berbakat tetapi tidak berakhlak, dia akan membawa azab sengsara kepada Partim dan Negara. Oleh yang demikian, Parti kita mesti mewujudkan piawai yang tinggi untuk memilih calon supaya dapat menjadikan DAP pilihan nombor satu kepada rakyat jelata.
DAP Johor akan terus ‘turun ke padang’ serta terbuka kepada cadangan ahli-ahli dan dari luar parti. DAP Johor akan terus mematuhi Perlembagaan Parti, menegakkan semangat undang-undang (Rule of Law), berprinsip demokrasi dan memutuskan sesuatu dasar secara berusaha kolektif untuk menyelesaikan perselisihan dalam parti dan menetapkan dasar-dasar politik. Semua ahli dan AJK negeri diperingatkan bahawa tindak laku kita di dalam dan luar parti mesti secocok dan ketulusan supaya dapat meyakinkan massa yakni DAP adalah pilihan nombor satu mereka.
(II) Isu-isu Nasional Semasa
“Utamakan Malaysian” adalah tema perayaan ulang tahun 40 DAP. Tujuan tema itu adalah untuk menggalakkan orang Malaysia berbangga sebagai Warga Malaysia serta meninggalkan politik perkauman.
Sejak kemerdekaan, parti-parti perkauman seumpamanya UMNO, MCA dan MIC membolotkan kuasa dalam bidang politik. Walaupun UMNO, MCA dan MIC memperjuangkan Nasionaliosme bertentangan masing-masing, Barisan Nasional sebenarnya berfungsi sebagai jentera hegemoni UMNO. Isu Melayu dipinggirkan dibawah hegemoni UMNO dibangkitkan baru-baru ini menghalang perpaduan kebangsaan serta menegakkan semula prinsip Barisan Nasional yang sering mengapi-apikan konflikperkauman untuk memperkukuhkan kedudukan pemerintah UMNO dan Barisan Nasional yang berasaskan dasar “pecah dan perintah”.
Menurut laporan ASLI, hak milik ekuiti Bumiputera telah mencecah 45% dan melebihi matlamat DEB yang ditujukan pada 30%. Walaupun pihak berkuasa menafikan angka kajian berkenaan dan memutuskan cuma 18% hak milik ekuiti Bumiputera, minda memandangkan hak milik ekuiti dari perspektif perkauman telah menyebabakan Malaysia ketinggalan berbanding dengan negara-negara maju Asia Timur lain seperti Taiwan dan Korea Selatan. Adalah lebih sesuai dan tepat jika kita menilai pembahagian kekayaan menurut Indeks Pembangunan Kemanusiaan termasuk Pendapatan Per Kapita, Kadar Pendaftaran Sekolah remndah dan Menengah, Kadar Celik Huruf dan Kadar Jangka Umur Hidup dll. yang digunakan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pada tahun awal 1980an, pendapatan per kapita kita adalah lebih tinggi daripada Taiwan dan Korea Selatan. Pada masa kini, pendapatan per kpita kita di lingkungan US$3,800 apabila pendapatan per kapita Taiwan dan Korea Selatan adalah di lingkungan US$11,000 dan US$12,000 masing-masing, iaitu 3 kali ganda pendapatan per kapita Malaysia.
Dasar-dasar Barisan Nasional a la Apartheid dan berasaskan diskriminasi kaum telah membantut kemajuan ekonomi negara, bahkan menghancur perpaduan kebangsaan. Diskriminasi kaum, korupsi, kronisme, dan nepotisme telah menyebabkan kehilangan pakar-pakar pelbagai bidang atau brain drain dan kapital.Pada masa kini, kerajaan persekutuan berhutang sejumlah lebih dari RM200 bilion atau seseorang warga negara dibebankan dengan hutang kerajaan RM10,000.
Kenaikan taraf kehidupan kita tergendala, iaitu taraf pembangunan kemanusian negara kita diklasifikasikan sebagai tahap pembangunan manusia sederhana yang selaras dengan bekas negara-negara komunis Eropah Timur dan Negeri Cina. Dalam perkataan lain, pembangunan kemanusiaan Malaysia masih ketinggalan jika berbanding dengan negara-negara maju dunia dan Asia, misalnya Jepun, Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Hong Kong dll.
Jepun dan Korea Selatan terdapat kadar pendaftran sekolah rendah dan menengah yang mencecah 100%. Di Jepun kadar pendaftaran institut pengajian tinggi juga setinggi 90% dan Korea Selatan 70%. Di sebaliknya, Malaysia cuma terdapat kadar pendaftaran sekolah rendah dan menengah 70% dan lebih kurang 30% pelajar sekolah menengah tidak menghabiskan persekolahan, dan cuma di antara 20% dan 30% graduan sekolah menengah dapat melanjutkan pelajaran tinggi.ini membuktikan dasar pelajaran Barisan Nasional telah gagal.
Dasar pelajaran Barisan Nasional adalah berasaskan segregasi kaum, dasar menindas pendidikan malalui medium bahasa ibunda di sekolah rendah dan menengah, malahan latar belakang dan warna kulit menjadi piawai yang paling penting untuk masuk ke institut pengajian tinggi awam. Kalangan Bukan Bumiputera ditolak segala-galanya untuk masuk ke Kelas Matrikulasi sehingga kebelakangan ini Bukan Bumiputera dibenarkan masuk ke Matrikulasi dengan kuota kaum 15%. Kalangan Bumiputera dan Bukan Bumiputera menggunakan piawai berasingan untuk memasuki institut penggajian tinggi adalah dasar pelajaran berasaskan polariasi kaum yang telah menghalang perpaduan kebangsaan sebenar.
Kuota-kuota kaum dilaksanakan untuk mengambil pelajar di IPT awam bercanggah dengan konsep tindakan afirmatif atau affirmative Action yang bertujuan membantu kalangan bawahan tanpa kira kaum. Polarisasi kaum di IPT awam semakin berlarutan memandangkan hakikat bahawa kalangan Bumiputera lebih digemari IPT awam apabila kalangan Bukan Bumiputera terpaksa menanggung pelajaran sendiri di IPT swasta tempatan atau IPT luar negeri.
Taraf akademi IPT kita semakin merosot misalnya Universiti Malaysia dianggap IPT tercanggih di Malaysia tidak berjaya diterima diantara 100 buah universiti dunia terbaik. Beberapa faktor telah mengakibatkan kemerosotan Taraf akademi IPT-IPT di Malaysia, termasuk kekurangan kebebasan berinteraksi dan bersaing secara adil dan terbuka di antara para pelajar dan tokoh-tokoh akademi, kebebasan akademi terkongkong oleh Akta Universiti Kolej dan Universiti (AUKU), tokoh-tokoh akademi Bukan Bumiputera yang canggih dipinggir dari jawatan pengurusan tinggi dan Naib Canselor universiti. Dasar pelajaran Barisan Nasional yang berasaskan diskriminasi kaum bukan sahaja merugikan kalangan pelajar Bumiputeara atau Bukan Bumiputera, malahan merugikan semua warga Malaysia dan membantut kemajuan negara.
Diskriminasi terhadap pendidikan berbahasa ibunda pada peringkat awal dan kekurangan peruntukan untuk tujuan sedemikian telah mengakibatkan kemerosotan kualiti pendidkan peringkat awal di negara ini. Di bawah Rancangan Malaysia ke-9, kerajajan akan memperuntukkan RM2 bilion untuk membina 180 buah sekolah rendah kebangsaan dan sekolah ugama sahaj tanpa menetapkan sebarang peruntukan untuk membina SRJK(C) dan SRJK(T). Di bawah RM-9, seseorang pelajar sekolah kebangsaan dipweuntukkan RM7 apabila seseorang pelajar SJK(C) diperuntukkan RM1 sahaja. Berbanding dengan RM3 diperuntukkan kepada seseorang pelajar sekolah kebnagsaan, seseorang pelajar SJK(T) mendapat RM1 sahaja.
Negeri Johor akan menambahkan 32 buah sekolah kebangsaan dan sekolah ugama tetapi SRJK(C) dan SRJK(T) tidak diberikan sebarang peruntukan untuk tujuan yang sama. Menurut kajian tertentu, misalnya, Daerah Johor Bahru memerlukan 12 buah SJK(C) tambahan menjelang tahun 2010. Tetapi tidak ada sebarang rancangan untk menambah bilangan SRJK(C) dan SRJK(T) dibawah RM-9.
Adalah ketara ditunjukkan bahawa dasar Barisan Nasional untuk mewujudkan “satu bangsa, satu bahasa dan satu budaya” masih berkekalan. Jika Malaysia ingin mencapai tahap Negara Maju, pelajaran peringkat awal mesti dinaik taraf, pembelajaran dalam bahasa ibunda di peringkat vokasional dan persekolahan menengah digalakkan, menambahkan graduan sekolah menengah ke 100%, supaya mempertingkatkan pembangunan kemanusiaan. Oleh itu, kerajaan sepatutnya memberikan peruntukan dan membina sekolah semua aliran termasuk SRJK(C) dan SRJK(T) menurut keperluan setiap komuniti.
Sistem pendidikan kita perlu dimodenkan dengan 5 konsep demi mencapai taraf pembangunan kemanusiaan yang leibh tinggi:
(1) Pendemokrasian: memberikan kuasa kepada PIBG dan jemaah sekolah untuk menetapkan kaedah mengajar dan peantadbiran seharian. Peruntukan sewajarnya disalurkan kepada PIBG/Jemaah Sekolah untuk pembangunan dan penyelenggaraan sekolah. Jabatan Pelajaran dan jabatan-jabatan lain cuma memainkan peranan memastikan ketulusan pengurusan sekolah dan mencegah penyalahgunaan peruntukan.
(2) Globalisasi:mempertingkatkan taraf sistem pendidikan kita ke tahap antarabangsa yang boleh menatasi efek glogalisasi dengan menghapuskan diskriminasi kaum dalalm dasar pelajaran ;
(3) Sosialisasi:menceburi NGOs, persatuan-persatuan tertentu dalam usaha menguruskan sekolah dan kaedah pendidikan;
(4) Diversifikasi:kaedah mendidik melalui pelbagai bahasa, budaya dna aliran perlu diperkembangkan secara saksama;
(5) Localisasi:memberikan kuasa dan mewajibkan kerajaan tempatan untuk menguruskan pra sekolah, sekalah rendan dan menengah menurut kehendak setemapat;
Isu-isu Peringkat Negeri dan Sesetempat
Walaupun Negeri Johor merupakan kubu Barisan Nasional, tetapi terdapat pembangunan yang ketidakseimbangan. Kerajaan Negeri Johor berhutang sejumlah RM909 juta, diantaranya berhutang RM600 juta kepada kerajaan persekutuan. Kerajaan Negeri Johor adalah kerajaan negeri yang berhutang paling banyak diseluruh Malaysia.
Di sebaliknya, Kerajaan Negeri Perak merupakan kerajaan negeri yang berhutang paling kurang, iaitu cuma berhutang RM10 juta kepada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Perak nampaknya lebih berwaspada dengan belanjawannya kerana ianya diawasi 7 orang ADUN DAPdan 3 orang ahli Parliemen di negeri itu. Mengawasi kerajaan Barisan Nasional dalam Dewan Undangan mendatangkan efek yang ketara demi manjamin hak-hak rakyar jelata. Oleh yang demikian, Negeri Johgr memerlukan ahli-ahli parti pembangkang di dalam Dewan Undangan untuk mengawasi pengurusan belanjawan kerajaan dan mengelak Negeri Johor dari menjadi muflis.
Selain itu, Negeri Joohr juga memperolehi indeks jynayah yang kedua tinggi di seluruh Malaysia, iaitu 19,004 kes jenayah dilaporkan pada awal 7 bulan tahun ini. Kadar kes jenayah Negeri Johr adalh 613 setiap 100,000 orang penduduk. Ini telah menjejaskan imej Negeri Joohr sebagi sebuah negeri yang aman dan damai atau gelaran sebagai “negeri syurga”.
Namun begitu, di seluruh Negeri Johor Cuma terdapatlah 5,410 orang anggota polis dengan kadar polis/penduduk 1:573. Walaupun Negeri Johoe memperolehi indeks kes jenayah yang kedua tinggi (Sabah nombor satu), tetapi kadar bilangan polis dan penduduk adalah kedua renda. Kerajaan Persekutuan sewajarnya mempertambahkan bilangan anggota polis dan Balai Polis di seluruh Negeri Johor. Iodeks jenayah yang begitu serius akan menjejaskan imej Negeri Johot sebagai “Gerbang Selatan” ke malaysia serta menghalang para pelancong dan pelabur asing dari melawat atau melabur Malaysia semula. Jika keyakinanpelabur asing tergugat sebab indeks jenayah Johor terlalu serius, pelan induk Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) akan susah direalisasikan.
Pelan Induk Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER)
DAP Johor pada prinsip bersetujui pelan induk SJER, tetapi DAP akan mengawasi setiap perkembangan pelan induk berkenaan. Menurut laporan, pelan induk SJER akan menelan belanjawan RM16 bilion, di antaranya kerajaan persekutuan akan memperuntukan RM10.2 bilion di bawah RM-9. Pelan induk SJER akan menjadikan Wiliayah Johor Selatan zon khas untuk menarik kapital pelaburan, pusat pengangkutan, logistik, penddikan, pelancongan, perubatandan kewangan wilayah. Kawasan terlibat adaalh tiga kali ganda saiz Singapura. Kerajaan mengharapkan konsep ini akan mewujudkan di SJER suatu metropolis terkemuka seumpama Hong Kong dan Shenzhen di China seandainya perhubungan Malaysia dan Singapura adalah mesra .
Hong Kong dan Shenzen adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri China yang sama. Oleh itu, koordinasi di antara pentadbir dua tempat tidak menjadi masalah yang besar. Di sebaliknya, perhubungan di antara dua-dua kerajaan Malaysia dan Singapura sering kurang mesra. Demi menjayakan SJER untuk manfaat rakyat jelata di dua-dua negara, persefahaman di antara dua-dua Kerajaan Malaysia dan Singapura adalah amat mustahak. Kesamaan budaya, sejarah dan sistem politik di antar dua negara sewajarnya dijadikan pendorong untuk kerjasama menjayakan pelan SJER.
Dua-dua kerajaan Malaysia dan Singapura sewajarnya bersama-sama menguruskan sumber-sumber yang sedia ada, termasuk bekalan air, Jambatan Baru Selat Tebrau, pelabuhan-pelabuha, pertukaran budaya dan pendidikan dll. Dua-dua negara ini juga seharusnya menyelidik kemungkinan mewujudkan satu “badan bersama ekonomi’’ seumpama EEC untuk menarik kapital pelabur asing. Seterusnya, kemungkinan mewujudkan sistem politk yang berdemokrasi seumpama European Union seharusnya dikaji secara terperinci di dalam ASEAN. Eropah telah pesat memara ke hadapan dengan menyelaraskan perkembangan ekonomi dan perkembangan demokrasi. EU merupakan teladan yang amat bernilai di contohi pemimpin-pemimpin Malaysia, Singapura dan ASEAN.
------Tamat---------
Thursday, November 16, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment