
Ucapan Perbahasan Bajet Negeri Johor 2010, Dr. Boo Cheng Hau ADUN Skudai memerangkap Ketua Pembangkang DUN Johor pada 23 November 2009
Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Dato’ Speaker kerana diberikan peluang untuk berbahas berkenaan Bajet Negeri Johor 2010.
PENDAHULUAN
Sewaktu kemelesetan ekonomi sedunia ini Negeri Johor dan Malaysia menghadapi cabaran-cabaran yang amat mendesak. Walaupun beberapa petunjuk ekonomi menggambarkan bahawa kemelesetan atau kelembapan ekonomi telah mula distabilkan serta dijangka pertumbuhan ekonomi Malaysia dan seterusnya Negeri Johor akan pulih ekoran pemulihan pertumbuhan ekonomi sedunia, ketabahan Kerajaan Negeri Johor untuk mengharungi cabaran-cabaran termasuk menyelesaikan defisit belanjawan dan mengurangkan hutang awam, mempertambahkan wang tunai rizab dan aset kerajaan negeri, mencapai tahan Negeri Maju pada tahun 2020 dengan KDNK per kapita sebanyak US$ 21,834 atau RM 73,918, menurut sasaran Bank Dunia dan Wawasan 2020.
Keberkesanan Pakej Rangsangan Fiskal
Dua pakej ransangan ekonomi yang melibatkan RM92 bilion yang dikatakan terbesar di dunia jika dilihat dari nisbahnya dengan KDNK negara adalah pendorong utama kepada permulaan proses ini. Persoalannya adalah sama ada pakej rangsangan ekonomi ini dapat menjana kekuatan ekonomi negara dengan berkesan, khasnya menerokai horizon ekonomi terbaru ataupun mempertahankan status quo dan kelemahan dasar ekonomi yang sedia ada. Kerajaan Negeri Johor dan Malaysia perlu memperbaiki persepsi negatif para pelabur terhadap ketelusan dasar ekonomi dan usaha memerangi rasuah untuk meyakinkan pelaburan tempatan dan asing serta mempercepatkan proses pemulihan ekonomi.
Walaupun usaha kerajaan memulihkan ekonomi melalui pelaburan sumber awam seumpama Pakej Rangsangan Fiskal, pelaburan bidang swasta telah menurun sejak krisis ekonomi pada tahun 1997 dari 30% kepada 10-20% sahaja. Oleh itu, pembaharuan dasar-dasar dan pemikiran ekonomi kita amat mustahak dalam usaha memajukan ekonomi ke tahap Negara Maju.
Keadaan Ekonomi Terkini
IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) menjangkakan ekonomi global akan berkembang 3.1% dalam tahun 2010 berbanding penguncupan -1.1% pada tahun 2009. Ekonomi Amerika dijangka berkembang 1.5%, Jepun (1.7%) dan China (9%). Asian Development Bank (ADB) menjangkakan perkembangan KDNK Asia pada kadar 6.4% pada tahun 2010.
KDNK Malaysia mengalami penguncupan -6.2% dalam suku tahun pertama dan -3.9% suku tahun kedua pada tahun 2009 dan -6.2% pada setelah mengalami penguncupan. MIER meramalkan pertumbuhan KDNK Malaysia pada tahun 2010 pada kadar 3.7% manakala Jabatan Perangkaan Malaysia menjangka sekadar 2.0-3.0%.
Menurut Laporan Ekonomi Bajet 2010 oleh UPEN, KDNK Johor menguncup sekadar 2.7% berbanding dengan pertumbuhan KDNK sebanyak 4.1 % pada tahun 2009. EPU telah menganggar kadar pertumbuhan ekonomi negara adalah 5.5% setiap tahun di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.
Untuk mencapai tahap Negara Maju sasaran KDNK per kapita telah diturunkan oleh Kerajaan Persekutuan dari US $ 21,834 (RM73,918) iaitu sasaran Bank Dunia da Wawasan 2020 ke US $14,818 (RM 50,166). Ini bermakna Malaysia memerlukan kadar pertumbuhan ekonomi 5.4% setiap tahun pada 10 tahun yang akan datang untuk mencapai KDNK per kapita (GNI) US$ 15,341 dari tahap kini US$ 9,070. Jika menurut sasaran GNI minimum untuk mencapai tahap Negara Maju adalah US$ 21,834 yang ditetapkan oleh Bank Dunia dan Wawasan 2020. Ini bermakna Malaysia memerlukan kadar pertumbuhan ekonomi 5.4% setiap tahun, berterusan tanpa kegagalan, selama 16 hingga 17 tahun untuk mencapai status Negara Maju.
Menurut Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, KDNK per kapita Negeri Johor adalah RM 16,074 pada tahun 2006, iaitu lebih rendah dari KDNK per kapita Malaysia pada tahap RM 21,563. Melalui kiraan dari jangkaan pertumbuhan ekonomi di antara tahun 2007 dan 2009 dibekalkan oleh UPEN, KDNK per kapita Negeri Johor pada tahun 2008 adalah RM 17,753 tetapi menguncup ke RM 17,274 pada tahun 2009.
Untuk mencapai tahap Negeri Maju pada tahun 2020, Negeri Johor memerlukan kadar pertumbuhan KDNK yang tidak kurang dari 10.2 % setiap tahun untuk mencecah KDNK per kapita RM 50,000 atau 14% setahun untuk mencapai KDNK per kapita RM 74,000 menjelang tahun 2020. Oleh itu, Negeri Johor memerlukan kadar pertumbuhan yang lebih pesat dari kadar pertumbuhan Nasional pada 5.5% dalam 10 tahun yang akan datang.
Jika kadar pertumbuhan Negeri Johor dapat distabilkan pada tahap 5.5% setiap tahun dalam keadaan yang paling optimis, Kita akan memakan masa sekurang-kurangnya 20 tahun untuk mencapai tahap Negeri Maju menurut piawaian KDNK per kapita RM 50,000 tetapi memakan masa 27 tahun untuk mencecah tahap KDNK per kapita RM73,000 dalam keadaan yang paling optimis.
Strategi-strategi Bajet 2010 Johor
Startegi No. 1: Memerangi Rasuah dengan Tegas;
Transparency International telah menyatakan bahawa rasuah merupakan ancaman terbesar terhadap pemulihan ekonomi sedunia kerana rasuah menghalang pentadbiran yang baik dan akauntabiliti sektor awam. Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index, CPI, 2009 talah diumumkan.
Petunjuk CPI berasaskan 13 tinjauan persepsi pakar dan para pelabur bisines terhadap tahap rasuah di sesebuah negara. Untuk menarik pelaburan dan kemuasukan modal besar-besaran Malaysia seharusnya mempertingkatkan CPI Malaysia di peringkat antarabangsa. Kita tidak seharusnya menolak pandangan Transparency International dan para pelabur terhadap keseriusan rasuah di Malaysia kerana para pelabur merupakan ‘pelanggan” kepada penjana ekpnomi kita. Jika kita semata-mata menafikan pandangan mereka, kita akan gagal menjamin keyakinan para pelabur dan seterusnya memajukan ekonomi negara kita.
Tahun Kedudukan CPI Malaysia di Dunia (Markah/10)
2001 Ke- 36
2002 Ke- 33
2003 Ke-37
2004 Ke-39 (5.0/10)
2005 Ke-39 (5.1/10)
2006 Ke-44 (5.0/10)
2007 Ke-43 (5.1/10)
2008 Ke-47 (5.1/10)
2009 Ke-56 (4.5/10)
Transparency International dalam kenyatan bertarikh 17 November 2009 membuat kesimpulan bahawa usaha menghapuskan rasuah mengehendaki Parlimen menjalankan pengawasan yang teguh, kehakiman yang berkesan, agensi-agensi aodit dan anti-rasuah kerajaan yang bebas dan berwibawa, penguatkuasaan yang tegas, ketelusan dalam bajet, pengurusan hasil pendapatan dan pengagihan bantuan kewangan awam, tambahnya kebebasan media dan masyarakat sivil yang rancak.
Malangnya kedudukan CPI Malaysia semakin menurun dari kedudukan ke-33 sedunia pada tahun 2002 ke nombor 56 pada tahun ini. Ini bermakna keyakinan kalangan pelabur terhadap bidang awam kita semakin berkurangan. Seterusnya, keadaan sebegini akan menjejaskan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan Johor, khasnya pembangunan Iskandar Malaysia yang amat bergantung kepada modal asing.
Maka kedudukan CPI Singapura adalah ke-3 sedunia dan pertama di Asia Tenggara. Malaysia mepunyai kedudukan yang begitu jauh dari Singapura dan Brunei dari segi CPI. Demi mempertingkatkan daya persaingan Malaysia dan Johor, kita mesti menghapuskan rasuah dengan sedaya upaya tanpa kira sama ada Kerajaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kematian Teo Beng Hock sewaktu soal siasat SPRM telah menjejaskan imej SPRM dang menggongcangkan keyakinan orang awam kepada SPRm dan setrusnya kekurangan keyakinan terhadap sektor awam dan dasar ekonomi Malaysia.
Kita mesti menerima hakikat ini serta memperbaiki keberkesanan SPRM dalam usaha menghapuskan rasuah. Peranan SPRM amat penting dalam usaha memulih ekonomi seperti apa yang dijayakan oleh ICAC atau Suruhanjaya Anti-Rasuah Bebas Hong Kong pada tahun 1970an. Usaha menghapuskan rasuah bukan sahaja di sektor awa tetapi juga sektor swasta akan memperbaiki keyakinan syarikat antarabangsa dan tempatan terhadap sistem kewangan dan ekonomi kita.
Sikap kakitangan awam yang cekap dan bersih amat penting dalam usaha menarik pelaburan asing dan usaha memulihkan ekonomi. Aduan terhadap Jabatan Bomba dan Penyelamat temsuk khasnya implikasi sikap kurang bertanggungjawab telah sering kali dilempari terhadap Jabatan Bomba dan Penyelamat. Tinjauan sewajrnya dibuat untuk memastikan Jabtan Bomba dan Penyelamat bertugas dengan cekap dan akan meyakinkan para pelabur asing.
Alasan yang sentiasa diberikan oleh pihak Jabatan Bomba untuk kelewatan ketibaan ke temapat kejadian kebakaran adalah kekurangan kakitangan atau banyak kes kebakaran di Daerah Johor Bahru-Wilayah Iskandar Malaysia. Di samping itu, ahli-ahli bomba membrikan alsan kebajikan mereka khsanya insurans nyawa tidak dijamin oleh kerajaan, oleh itu, mereka terpaksa berwaspada bila mengambil risiko nyawa mereka untuk menyeleamtkan nyawa orang lain.
Oleh itu, di antara aduan penduduk adalah sesetengah ahli bomba bertugas dengan cekap atas permintaan “ang pau”. Aduan ini seharusnya diambil berat sebab mangsa-mangsa kebakaran sering tidak sempat menyediakan “ang pau” dalam kekecohan kebakaran, bahkan usaha menghapuskan rasuah perlu dipertingkatkan.
Untuk mengelakkan salah faham di antara Jabtan Bomba dan para penduduk dan mempertingkatkan prestasi ahli-ahli Bomba, kebajikan ahli-ahli bomba termasuk gaji, insurans nyawa sewaktu bertugas, dan elaun-elaun khas seharusnya dipertingkatkan sebagai bahagian perkhidmatan awam yang kritikal.
Usaha mengurangkan dan meringkaskan prosidur dalam menguruskan segala urusan kerajaan bagi mengurangkan birokrasi sekaligus mengurangkan peluang berlakunya rasuah.
Contohnya, orang awam maish menunggu-nunggu keputusan siasatan Jabatan Bomba terhadap tuduhan bahawa ahli-ahli bomba enggan menyelamat mangsa kebakaran Ho Whui Ling pada waktu terawal di Jalan Timah 2, Taman Sri Puteri Pada 9 Oktober walaupun beliau masih hidup selama 15 minit selepas ketibaan Pasukan Bomba dalam 3 buah kenderaan bomba. Kematian beliau dikenalpastikan sebab menghisap terlalu banyak asap sedangkan botol-botol plastik dalam dapur rumah yang lebih berdekatan tempat kebakaran masih dalam keadaan yang baik.
Pada jam 7:15 pagi 16 November kebakaran berlaku di sebuah kilang, Lima Kedai. Si Saksi menelefon talian kecemasan 994 tetapi panggilan tidak dijawa. Beliau terpaksa melapor kepada Balai Polis Lima Kedai. Menurut Jabatan Bomba panggilan diterima pada jam 7:58 dan kenderaan bomba tiba tempat kejadian pada jam 8:15 iaitu satu jam selepas kebakaran disaksi.
Walaupun kenderaan bomba dari Johor Bahru atau Pekan Nenas mengambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk tiba ke Liam Kedai boleh dikata munasabah, Balai Bomba di Taman Universiti lebih berhampiran tempat kejadian malahan ianya dijangka siap dibina pada bulan Julai 2009 tetapi nampaknya tidak akan siap sebelum pertengahan tahun depan 2010. Oleh yang demikian, pembinaan Balai Bomba Taman Universit sepatutnya dipercepatkan sebab ianya merupakan satu-satu Balai Bomba di Kawasan Skudai dan Gelang Patah.
Strategi No. 2:
Meningkatkan hasil pendapatan dan mengamalkan perbelanjaan
berhemat tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan negeri
Akaun Pada 31 Deismeber 2008 Kerajaan Selangor
(Juta RM) Kerajaan Johor
(Juta RM)
Wang Tunai 734 36
Pelaburan 691 165
Jumlah Aset Kecairan 1,425 (1.4 billion) 201
Perbelanjaan Mengurus 662 882
Perbelanjan Pembangunan 850 194
Hutang Awam 1, 073 (1.07 bilion) 1,014 (1.014 bilion)
Sumber: Laporan Ketua Audit Negara 2008
Keadaan kewangan Kerajaan Negeri Johor amat merisaukan memandangkan wang tunai sebanyak RM 36 juta dan pelaburan RM 165 juta sahaja berbanding dengan Kerajaan Selangor yang memperolehi wang tunai RM 734 juta dan pelaburan sebanyak RM 691 juta walaupun dua-dua Kerajaan Negeri mempunyai hutang awam kepada yang leibh kurang sam iaitu RM 1.014 bilion bagi Kerajaan Johor dan RM 1.073 bilion bagi Kerajaan Selangor pada tahun 2008. Kerajaan Selangor mempunyai aset kecairan sebanyak 7 kali ganda dari Kerajaan Johor walaupun mem punyai hutang awam yang setaraf.
Kerajaan Selangor juga mengurus dengan perbelanjaan yang lebih berhemah iaitu RM662 juta pada athun 2008 manakala Kerajaan Johor menelan RM 882 juta. Di sebaliknya, Kerajaan Selangor mampu memperuntukkan RM 850 juta untuk tujuan pembangunan iaitu 4 kali ganda peruntukan pembangunan di Negeri Johor yang sejumlah RM 194 juta pada tempoh yang sama. Perbezaan di antara satu kerajaan negeri yang diuruskan dengan lebih berkesan dan berhemah dan kerajaan negeri diuruskan dengan kurang berhemah adlaah amat ketara.
Hutang kerajaan negeri Johor kepada kerajaan persekutuan pula meningkat sebanyak 20.6% (RM173.57 juta) dari RM841.13 juta pada tahun 2007 kepada RM1.01 bilion pada 2008. Kadar peningkatan hutang awam negeri Johor adalah di antara Negeri yang tertinggi di Malaysia.
Tambahan pula mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2008, kadar kecairan tunai kerajaan negeri adalah rendah kerana nisbah jumlah aset semasa yang terdiri dari tunai (RM36.37 juta) dan pelaburan (RM165.16 juta) dengan jumlah tanggungan semasa adalah kurang daripada 1. Dengan kata lain jumlah aset semasa tidak dapat menampung jumlah tanggungan semasa. Ini bermakna aset kecairan Kerajaan Negeri Johor sebanyak RM 201 juta cuma meliputi 3 bulan perbelanjaan kerajaan negeri dengan perbelanjaan mengurus dan pembangunan setinggi RM 57 juta sebulan di antara Januari dan September 2009. Dalam perkataan lain, Kerajaan Johor berada di pinggir muflis jika salah urus kewangan kerajaan diteruskan.
Baki defisit kerajaan Negeri Johor meningkat 21% dari RM 335 juta pada tahun 2007 kepada RM 405 juta pada tahun 2008. Di samping itu, rizab wang tunai menurun 64% dari RM 100 juta kepada RM 36 juta disebabkan perbelanjaan mengurus menibgkat sejumlah RM 107 juta pada tempoh yang sama.
Peningkatan perbelanjaan ini dinyatakan disebabkan pembinaan Pusat Pentadbiran Kerajaan Baru Nusajaya. Pembinaan JSNAC boleh dikatakan kekurangan rancangan yang berhemah sebab menelan kos pembinaan sejumlah RM 117 juta tanpa mendatangkan manfaat kepada rakyat jelata tetapi membebankan pembayar cukai.
Di samping itu, kerajaan belum ada rancangan jangka masa panjang untuk mengubah penggunaan Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan. Selain daripada cadangan mengubah Bangunan Sultan Ibrahim kepada sebuah Muzium, di antara cadangan lain yang lebih berhemah adalah Bangunan Sultan Ibrahim diubahsuai sebagai Hotel mewah seperti Raffles Hotel di Singapura. Saya berpandangan rancangan lebih beruntung serta mempertahankan nilai sejarah bangunan dan arkitek bangunan Sultan Ibrahim boleh dikaji, termasuk ianya diubahsuai ke sebuah hotel mewah seumpama Raffles Hotel di Singapura memandangkan ia berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor sebab projek muzium akan menelan kos tinggi dengan pulangan yang rendah.
Perbelanjaan yang lebih berhemah selaras dengan usaha meningkatkan hasil pendapatan kerajaan untuk mengurangkan defisit kerajaan. Strategi meningkatkan hasil pendapatan dan berbelanja secara berhemat adalah pendekatan yang sangat kritikal terutama dalam usaha memperbaiki defisit terkumpul di antara Akaun Hasil Disatukan (Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai & Terimaan Bukan Hasil) dan Perbelanjaan Mengurus yang mengalami pertambahan defisit sebanyak 21% (RM70.35 juta) iaitu daripada RM335.02 juta (2007) kepada RM405.37 juta (2008).
2004 2005 2006 2007 2008
HASIL 774.56 617.18 693.22 779.60 812.36
PERBELANJAAN 621.35 656.67 686.09 775.08 882.71
Walaupun perbelanjaan Negeri Johor telah meningkat sejumlah RM 107 juta atau 13.9% dari RM 775 juta pada tahun 2007 ke RM 882 juta pada tahun 2008, perbelanjaan telah menurun 10.8% dari RM 576 juta pada sembilan bulan pertama tahun 2008 ke RM 514 juta pada tempoh yang sama tahun 2009. Di sebaliknya, hasil pendapatan kerajaan Johor menurun -0.7% pada sembilan bulan pertama 2009 berbanding dengan tempoh sama pada tahun 2008
Pelaksanaan strategi-strategi berikut bagi meningkatkan hasil pendapatan negeri;
1. Perlaksanaan ‘Sistem Tender Terbuka’.: Kerajaan Pakatan Kedah telah membuktikan dengan perlaksaan sistem tender terbuka dapat meningkatkan pendapatan kerajaan negeri melebihi 200% sepertimana yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008. Di sebaliknya sistem tender terbuka di Pulau Pinang juga menjimatkan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinag sebanyak 50% dalam tender tertentu.
2. Memperketatkan penguatkuasaan bagi mengutip tunggakan hasil yang meningkat sebanyak 1.8% (RM2.71 juta) iaitu dari RM153.47 juta (2007) kepada RM156.18 juta (2008) termasuk cukai tanah, sewa rumah, hasil penswasatan dan hasil lain.
Jenis Tunggakan Hasil 2007 (Juta) 2008 (Juta)
1 Cukai Tanah 76.96 79.18
2 Sewa & Sewa Beli Rumah 42.11 42.44
3 Hasil Penswastaan 17.62 17.01
4 Hasil Lain 16.78 17.55
Jumlah 153.47 156.18
3. Mengambil tindakan tegas termasuk penuatkuasaan undang-undang untuk mengutip tunggakan pinjaman daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan agensi-agensi negeri yang berjumlah RM601.61 juta (2008), khasnya SAJ Holdings Sdn Bhd berhutang RM 511 juta dan Perbadanan Johor RM 87 juta. Prestasi Syarikat Berkitan Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun termasuk Perbadanan Johor, KPRJ, SAJ Holdings Sdn Bhd. perlu diawasi dengan lebih tegas.
Nama Agensi 2007 (Juta) 2008 (Juta)
1 Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd 597.50 511.82
2 Perbadanan Johor 66.62 87.59
3 Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) 3.02 2.2
4 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 5.56 0
Jumlah 672.7 601.61
Dana Johor, ASJ dan Perbadanan Johor
Johor Dana dan ASJ merupakan tabung amanah atau trust funds dengan izinnya. Biasanya sebarang tabung amanah disediakan untuk menjamin pulangan kepada para pelabur dengan risiko yang amat rendah serta berfungsi sebagai pelaburan untuk tujuan pencen. Maka Perbadanan Johor dan Kerajaan Negeri telah menutup dua-dua tabung amanah ini dengan harga belian balik 50 sen seunit Dana Johor dan RM1 seunit ASJ. Penutupan dua-dua tabung amnah ini telah mengakibatkan keraguan pelabur terhadap kewibawaan kerajaan Negeri Johor.
Malahan bon Perbadanan Johor dikeluarkan sebanyak RM 4 bilion akan matang pada tahun 2012. Memandangkan hutang Perbadanan Johor dan Kerajaan Negeri yang begitu tinggi, adalah amat susah dijangka kaedah digunakan oleh pihak tertentu untuk menjelaskan bon Perbadanan Johor di mana Kerajaan Negeri adalah penjaminnya. Berasaskan hakikat bahawa Kerajaan Negeri yang berhutang awam RM1.01 bilion, kemampuan Perbadanan Johor dan Kerajaan Johor untuk menjelaskan bon-bon ini amat merisaukan.
4. Meningkatkan penguatkuasaan dan membuat pemantauan yang berterusan kepada permit-permit yang dikeluarkan khususnya permit mengeluarkan bahan batuan, pasir dan balak. Berlaku ketidakseragaman diantara bayaran permit dengan kutipan cukai yang dipunggut.
5. Mengkaji semula polisi Projek Penswastaan oleh kerajaan negeri. Pendapatan daripada projek penswastaan adalah dianggarkan RM15 juta (2009) dan RM20 juta (2010). Banyak projek penswastaan yang dijalankan oleh kerajaan negeri banyak menguntungkan pihak swasta seperti projek Teluk Danga, Nong Chik Heights, Pekan Rabu dan Kondominium Datin Halimah. Pulangan wang tunai kepada Perbendaharaan Negeri sewajarnya dipertingkatkan.
6. Meningkatkan hasil pendapatan dalam bentuk ‘Premium Geran Tanah’ dan ‘Cukai Tanah Berulang’ melalui penganugerahan hakmilik tanah berstatus kekal atau pajakan 99 tahun kepada penempatan bangsa Cina, Melayu dan India seperti Kampung Baru Cina, Kampung Melayu dan Kampung India.
Premium tanah sejumlah di antara RM200 dan 300 juta akan dipungut jika hak milik tanah rizab Kerajaan Persekutuan diluluskan. Tambahnya Jika 15,743 tapak rumah di Kampung Baru Cina dan Melayu hak milik sedang diperbaharui; Jika hak milik pajakan diluluskan dijangka RM 50 hingga RM 100 Juta premium tanah akan dipungut; kelulusan ini dijangka akan menghasilkan hasil cukai tanah tahunan di antara RM 500 ribu hingga RM 1.5 juta.
7. Keberkesan agensi-agensi kerajaan akan mempertingkatkan hasil pendapatan kerajaan juga. Laporan Ketua Audit Negara 2008 menyatakan 54 projek (8,723 unit) Perumahan Awm Kos Rendah (PAKR) daripada 64 projek (10,739 unit) yang siap dibina 1981-1997 telah dijual tanpa CFO. Ini merugikan hasil negeri kerana rumah yang belum dikeluarkan CFO, hakmilik tanah tidak boleh dikeluarkan dan seterusnya cukai tanah dan cukai pintu tidak boleh dikutip oleh Pejabat Tanah dan Kerajaan Tempatan. Kerajaan akan hilang sumber hasil dari Duti Setem dan Cukai Keuntungan Hartanah kerana rumah yang belum dikeluarkan CFO tidak boleh dipindahmilik kepada orang lain.
Strategi Ke-3:
Memacu Pertumbuhan dan Mewujudkan Peluang Pekerjaan
Johor khasnya dalam usaha menjayakan Iskandar Malaysia memerlukan sektor awam dan sektor swasta yang berqwibawa dan efisyen. Diharapakn liberalisasi 27 sektor perkhidmatan oleh kerajaan baru-baru ini akan dapat memikat pelaburan asing ke Negeri Johor khasnya Iskandar Malaysia. Antara perkhidmatan yang terlibat adalah perkhidmatan berkaitan komputer, kesihatan dan kemasyarakatan, perlancungan, pengangkutan, rekreasi, perkapalan dan perkhidmatan perniagaan.
Peningkatan Pelaburan Terus Asing (FDI) yang meningkat dari RM6.75 bilion (2007) kepada RM9.4 bilion (2008) telah meletakkan ekonomi Negeri Johor di landasan yang betul untuk memacu ekonomi negeri. RM9.4 bilion FDI ini adalah kedua tertinggi selepas Serawak dan merupakan 20.39% daripada jumlah keseluruhan FDI yang diterima oleh Malaysia iaitu RM46.1 bilion. Kemasukan FDI perlu dipertingkatkan bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Negeri Johor.
Jika pelaburan asing secara langsung dan seterusnya pertumbuhan ekonomi meningkat, peluang pekerjaan juga akan ditambahkan dan kadar pengangguran dapat dikawal. Unjuran 3% pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2010 adalah merupakan permulaan yang baik bagi kerajaan negeri untuk memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Johor setelah mengalami penguncupan pada tahun 2009. Sektor yang perlu menjadi tumpuan kepada pelaburan asing adalah sektor pembuatan (eletrikal & elektronik, chemical, petrochemical), ICT, bioteknologi, makanan, perabut dan pembangunan hartanah.
Maka keberkesanan sektor awam amat mustahak untuk meyakinkan para pelabur asing. Konsep Satu Malaysia: Satu Negara, Satu Bangsa dan Satu Insan perlu ditegakkan khasnya dalam usaha mewujudkan sektor awam dan swasta yang seimbang serta membayangkan budaya bekerja Malaysia yang efisiyen.
Sekian, terima kasih.
辯論逾時限拒聽從指示‧巫程豪副議長掀爭辯
柔佛 2009-11-24 11:39
當巫程豪(站立者)議會上與副主議長爭辯時,坐在他左側的達斯寧及黃高明兩名反對黨議員同僚仍一副氣定神閑。(圖:星洲日報)
1 of 2
(柔佛‧新山)參與辯論時逾時限,行動黨士姑來區州議員巫程豪週一(11月23日)在州議會上與主持議會的副議長拿督奧斯曼惹益士一來一往爭議了5分鐘,在座的一名行政議員及一名國陣議員也抗議巫程豪拒絕聽從指示,出現了短暫3對一的交鋒時刻。
你知道燕窩是如何生產的嗎?這里給你一站式介紹養燕、採集燕窩、加工、包裝等,讓人們深入瞭解養燕的整個過程。
巫程豪週一在中午12時休會時段後參與辯論明年2010年度新財政預算案時,由副議長拿督奧斯曼惹益士主持。
要求延長5分鐘
巫程豪在會上滔滔不絕地辯論了20分鐘的時限後,副議長即打斷,提醒他時限到了,巫程豪則以還有許多辯論演詞未發表,要求再延長5分鐘。
進入27分鐘,眼見巫氏的演詞沒有結束的跡象,副議長打岔表示,5分鐘逾時也結束,請後者快速進入“支持新財政預算案”演詞,以作為辯論環節的結尾詞。
未料巫氏堅持照講稿繼續發表演詞,引來副議長不滿,巫氏即要求再多5分離,副議長則以之前已經給了5分鐘回拒,要巫氏在1、2分鐘內結束。
拒絕依指示結束辯論的巫氏,於是與副議長一來一往的爭辯,民政黨武吉峇都區州議員張震亮也站起來,以手中的議會常規提出抗議,行政議員馬武利詹也多番叫巫氏“坐下吧,遵照就是了”。
由於巫程豪即不結束演詞,5分鐘的爭辯時段內也一直沒有坐下,副議長忍不住開炮,語帶不悅表示“在議會常規下,當議長發言時,有關議員必須坐下,否則他將行使議會常規下受賦予的權力”。
在副議長堅持巫氏必須聽從下,巫程豪唯有坐下而結束了這場爭議。
星洲日報/大柔佛‧2009.11.23
